Pages

see more picture by Clicking here


Thursday, December 31, 2009

AZAM



Apakah azam anda untuk tahun baru ini?
azam dalam kehidupan?
azam dalam perlakuan?
azam dalam pelajaran?
azam dalam percintaan?
adakah anda mampu menunaikan azam anda?



p/s: azam tok percintaan ku, menjadi insan yang terbaik untuk dirimu syg

Share

epy epy new year



Tak terlambat lagi rasanye untuk mengucapkan selamat tahun baru untok semua blogger dan kawan-kawan, moga tahun 2010 menjadi titik pemulaan yang baru bagi anda semua,
bye bye 2009 hello 2010
Share

solat jumaat


Sebagai umat islam dan juga lelaki, kita sememangnya telah diajar untuk menunaikan Solat Jumaat.  Sejak dari kecil bila tiba hari Jumaat Ayah akan membawa kita ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.  Walaupun kita tidak tahu maksud dan tujuaannya, tapi melentur buluh biar dari rebungnya, walaupun masih kecil, perlu diberi pendedahan.

SEMBAHYANG penting dalam kesatuan umat Islam. Pentingnya solat itu, maka Nabi Muhammad saw memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Baginda bersabda bermaksud: "Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran."

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting untuk memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan. 

Baginda juga meletakkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang menghadirinya. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. 

Antara garis panduan itu adalah:
Mengemas diri dengan sebaik-baiknya, mandi membersihkan dirinya agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. 

Nabi bersabda bermaksud: "Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. 

Perkara ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.

Baginda bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari) 

Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca.
Mendengar khutbah adalah suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan. Ia adalah kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat.

Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, sibuk bercakap-cakap sesama sendiri atau gurau senda, dia bukan saja tidak dapat menerima faedah daripada khutbah disampaikan oleh khatib, malah solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna. Paling sedih, dia langsung tidak mendapat pahala. 

Perkara itu seperti sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: "Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna."

Demi memastikan setiap kalimah yang dibaca oleh khatib didengar serta difahami dengan baik, Rasulullah melarang jemaah yang berada dalam masjid daripada melakukan ibadat sunat seperti bertasbih atau membaca al-Quran.

Sembahyang sunat Tahyatul Masjid dibenarkan, tetapi hendaklah didirikan seringkas mungkin agar jemaah tidak terlepas daripada mendengar khutbah.

Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah adalah perbuatan yang sangat buruk. Ia menyerupai sikap yang pernah ditunjukkan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu. 

Firman Allah bermaksud: "Dan orang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya). Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan." (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)

Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran. Perkara ini kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca al-Quran. 

Justeru, Allah menggesa agar apabila al-Quran atau khutbah dibaca, maka hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadap bacaan itu.

Firman Allah bemaksud: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A'raaf, ayat 204)

Sumber: BH Online - Sabtu, 29 Januari 2005/18 Zulhijjah 1425


Share

MYSPACE VS FACEBOOK???


Semestinya anda semua sudah sinonim dgn kedua-dua rangkaian sosial diatas, tapi yang manakah merupakan yang terbaik dan menjadi pilihan anda semua?
setiap orang semestinya mempunyai pelbagai pendapat dan citarasa tersendiri. Oleh itu, mari kita sama-sama pikirkan which is the best among the best

Share

DUET-DUET DI MANA KAU DUET


Best wo bila ada wet manyak gini, tp nak mencarinya mang sah, nak menghabiskan perhhhhh, mang kejap je, tak payah pening kepala, hahaha, sedar-sedar abes trus. huhuhuhu, ini lah nasib aku DUET DAH ABES WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA, WAAAAAAAAAAAAAAAAA
Share

MAIN BOWLING


Ini merupakan aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh company bapak aku, banyak-banyak benda yang diowang leh wat, diowang pilih bowling lak, aku pn tak tahu kenapa, mybe bab org yang jd organizer time ni pandai main bowling kot, bab die dapat no 1 time ni, mang x adil sungguh aih...
Ini merupakan 1st time lah aku tgk bapak aku men bowling, mang exited gile bapak aku time ni, ce tgk pic kat atas tu, ada gaya akk time bapak aku baling, hehehe
tp bola tu masok longkang lak hahaha, itu tak best lagi, bleh lak bola bowling tu tibe-tibe terlepas ke belakang lak, aihhhhhhh, nasib bik tak kena aku, kalu tidak, almaklumnya benjol lah ini kapla.
hehehe
tp kira ok ahhh, group aku dpt no 5 dari 10 group hahaha..
CAYALAH

Share

KEMBALI SENYUM

Setelah lama bercuti akhirnya aku akan kembali ke Bandaraya Kuala Lumpur semula,
(poyo lak KL sudah)
Kenapa kembali senyum ae bile balik KL???,
Adoi, xkan lah korang semua tak taw nape, mst ade yang tawu annn... hehehe
HAaa, pandai pn, mst lah tersenyum bab dapat jumpe NURUL FATIN BT MOHD ELIAS
Kami kembali bersama semula, setelah cuti panjang lah katakan,
kira mcm lagu izwan pilus tu, kembali senyum
hehehe

so terimalah lagu ni, tp nyanyi sendiri lah yehhh hehehe

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

Dan maafkanku…
Share

HIDUP KEMBALI

Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya kami telah kembali, hehehe
amacam kawan-kawan semue, anda terasa rindu kepada kami, tak rindupn takpe aihhh, no heart filling lah wehhh,,, hehehe
Banyak jugak lah ilham2 yang kami dapat kali ni, tunggu masa nak post ja ni, tunggu k, sabo.
Ada benda yang best, ada gak benda yang tak bape best jadi...
Pape pn korang tunggu lah yehhh...
esok lusa kuar lah cita2 tu k...
TUNGGU
Share

Wednesday, December 23, 2009

PERJALANAN SEMALAM

23 Dis 2009
pergi daftar ngan bwk ma lil bro jalan-jalan & pergi jumpe my angel
tapi tak sempat nak amek pix... huhuhu

 


ramai yang kata adik aku handsome... aihhh... betol ke handsome ni... hahahhaa
pix papa zaid pn ada skali... hahaha
Share

KANTOI KANTOI KANTOI

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

 ~Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
~ Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

~ Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
~ Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

~Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
~Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

~Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
~Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

~ Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
~ Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

~ Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
~ Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

~ Isteri : Handbag saya, kasut saya, baju-baju saya?
~Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, baju xbleh sebab x muat...

~ Isteri: @#$%????!!!!!(keliru!!!)
~ Suami: (Dalam hati)Alamak!!



hahahaha,,,,
cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan antara yang
masih hidup atau yang telah meninggal dunia...
(ehsan dari kekawan)
Share

Friday, December 18, 2009

BERITA PANAS, BERITA PANAS




Panas panas sensasi nih,
okey kepada blogGer yang tercari-cari tutorial-tutorial yang menarik, leh lah pg ke blog ni, banyak infomasi-infomasi yang boleh anda dapat di sini, yang best nak tawu ape,,, free wooo,, x kena duet wooo... hehehe

Share

Thursday, December 17, 2009

selamat tahun baru


Jgn igt tahun baru 2010 ja,
ada yang lagi penting ni
ingt2 tuhan same yehhh


Share

SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA





VS


Penantian selama 20 tahun akhirnya hari ini menjadi sejarah, Malaysia menang ke atas Vietnam 1-0.
Syabas kepada Rajagopal dan permain malaysia kerana berjaya dalam perlawanan hari ini.
MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!!
Share

Wednesday, December 16, 2009

I MISS U

I miss u sayang
lame tak jumpe
huhuhuhu
makin lama makin rindu
makin lama makin aku teringat
makin lama makin aku terseksa
ermmm
tah bilalah bleh jumpe die ann
tp kan kan kan
minggu depan aku balik KL
yeaaa,,,
Leh jumpe blik..
hehehehe
Share

POKOK BUAH KOTE


Some of u maybe terkejut bila dengar nama buah ni kan, sememangnya inilah nama buah ni.  Kalau u all nak tawu, pokok ni aku jumpa time pergi Pulau Tuba, Pokok ni dah tak banyak dah, dekat kampung aku pn dah xda.
So alang-alang aku dah jumpa pokok ni, aku nak share la dengan korang semua,
kalau blah-blah kampung aku, pokok ni orang panggil Pokok Buah Kote, tak tawu lah kalau dkt tempat korang nama lain lak.  Buah die rasa manis-manis pahit sikit, sedap lah jugak.
Name je pelik sikit hehehe.


p/s: amy ni lah pokok kote, aku cari khas tok ko.

Share

LANGKAWI & TUBA




Share

Saturday, December 12, 2009

MANCING



 
 
 
 
 
 
 

Ini lah pix mancing petang td yang sempat aku amek
semua ni untuk u all semua tau. Teharu ak??? hehehe

Share

About Me

My photo
kami adalah kami, tak kira apa jua yang terjadi, keadaannya adalah tetap same. so kepada kawan-kawan semua, semoga tehibur dgn kandungan blog kami yehhh.

Followers

jangan lupa lirik